BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22 Jan 2011

Proton Exora


MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia
menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda dan 150Nm of tork, memberikan kelajuan maksimum 65 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.

http://www.youtube.com/watch?v=A3vrSATI0ME&feature=related

0 comments: