BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 Dec 2010

Pertelingkahan dalam Proton

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong Malim.
Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

0 comments: