BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 Jan 2011

Proton Inspira

Proton Inspira

Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

22 Jan 2011

Proton Exora


MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia
menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda dan 150Nm of tork, memberikan kelajuan maksimum 65 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.

http://www.youtube.com/watch?v=A3vrSATI0ME&feature=related

21 Jan 2011

Proton Juara


Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

19 Jan 2011

Proton Arena


Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton
Jumbuck di UK dan Australia).

16 Jan 2011

Proton Persona


Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan
kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk    sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.

Proton Gen-2


Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya
(termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.

8 Jan 2011

Proton Waja


Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang
pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dariMitsubishi (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.

4 Jan 2011

Proton Saga



Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Iadibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985.    Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

3 Jan 2011

Proton Savvy



Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan
1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.

Proton Putra



Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.