BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

29 Dec 2010

Proton Perdana & Perdana V6

Proton Perdana & Proton Perdana V6:


Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah
pada 1994.
Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit

Proton Iswara dan Wira

Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.


Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, iatelah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.

28 Dec 2010

Proton Satria

Proton Satria GTI:

Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk
mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

Proton Satria R3:
Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya
dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.

Proton Satria Neo:

Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada
16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.

Proton Tiara


Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lessen
Proton dari 1996 hingga 2000.

24 Dec 2010

Sejarah Proton

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981.
Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Logo Proton
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin MohamadPerdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

23 Dec 2010

Pertelingkahan dalam Proton

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong Malim.
Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

20 Dec 2010

Pengenalan

Kami sedang membuat satu projek tentang Proton dan Perodua.
Kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu Chua Qing En, Tan Sai Hing, Ter Sin Jee dan Ter Sin Ling.

Lagu Proton
http://www.youtube.com/watch?v=Nc8q8-itIDE