BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

9 Feb 2011

Perodua Alza

Perodua Alza 


Perodua Alza merupakan MPV kompak dihasilkan oleh Perodua. Perodua menekankan Alza menjadi kereta pilihan bagi keluarga muda dengan anak-anak. Hal ini diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette, melainkan menggunakan de-tuned 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios nama enjin. Alza berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud 'bangkit'.

8 Feb 2011

Perodua Viva

Perodua Viva
Perodua ViVA merupakan kereta terbaru yang dihasilkan oleh Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Perodua ViVA telah dilancarkan pada 10 Mei 2007. Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa.

Perodua ViVA ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan - 660cc, 850cc dan 1,000cc - menggunakan enjin DVVT Daihatsu.
'Viva' merupakan istilah bahasa Latin yang bermakna 'Untuk Hidup' dan ia sering menjadi ungkapan penghormatan yang juga bermakna 'Selamat Panjang Umur'.

Perodua MyVi

§  Perodua MyVi (2005)



Perodua MyVi merupakan kereta yang dilancarkan pada 2005 oleh PERODUA.Ia dilengkapi dengan dual airbag, ABS, dan enjin VVT.Ia adalah hasil kerjasama antara Toyota, Daihatsu dan PERODUA. Model Jepun iaitu Daihatsu Boon(Daihatsu SirionII) danToyota Passo.
Perodua MyVi menawarkan 5 model iaitu:
1.       1.0SR (manual transmission)
2.       1.3SX (manual)
3.       1.3EZ (auto)
4.       1.3SXi (manual)
5.       1.3EZi (auto)
6.       Perodua Special Edition atau Perodua SE

7 Feb 2011

Perodua Kelisa

§  Perodua Kelisa (2001, Pengeluaran dihentikan pada 2007 selepas pelancaran bagi Perodua Viva)

Perodua Kelisa merupakan kereta kompak berasaskan generasi ke-7 Daihatsu Mira dan dikeluarkan oleh Perodua.

Perodua Kenari

§  Perodua Kenari (2000)

Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tempat duduk.Kenari mempunyai enjin 989cc, 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900.

2 Feb 2011

Perodua Kembara

§  Perodua Kembara (1998-2008)
Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios Ia Dikuasakan Enjin 1.3 Liter Dan Transmisi Manual 5 Kelajuan,automatik 4 Kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa(AWD). Pada Tahun 2003 Model Ini Dilengkapi sistem DVVT. Produksi Model Ini Berakhir Pada Tahun 2008 Dan Digantikan Dengan Perodua Nautica Yang Juga Berasaskan Model Daihatsu Terios Yang Terbaru.

Perodua Rusa

§  Perodua Rusa (1996)
Perodua Rusa merupakan sebuah Van keluaran Perodua.

1 Feb 2011

Perodua Kancil

Perodua Kancil 




Perodua Kancil (dikenali sebagai Nippa di pasaran United Kingdom) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994.Dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Sejarah

Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Pada Disember 1995, PERODUA telah menghasilkan Kancil yang ke-50,000. Menjelang 1997, 100,000 buah Kancil telah dipasarkan dan pada 1999, ia telah mencapai 250,000 buah. Apabila pengeluaran dihentikan pada 2009, lebih 700,000 Kancil telah dihasilkan.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer.

Perodua


Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh,Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".